UNDANG UNDANG CATUR MSSM

1          UNDANG-UNDANG PERMAINAN CATUR 

Pertandingan catur Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dijalankan denganmenggunapakai Undang-undang Persekutuan Catur Antarabangsa (Federation Internationale Des Echecs – FIDE) dan Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang sedang berkuatkuasa.


2          JENIS PERTANDINGAN

2.1        Kategori Individu

2.1.1     Lelaki berumur 18 Tahun dan ke bawah

2.1.2     Perempuan berumur 18 Tahun dan ke bawah

2.1.3     Lelaki berumur 15 Tahun dan ke bawah

2.1.4     Perempuan berumur 15 Tahun dan ke bawah

2.1.5     Lelaki berumur 12 Tahun dan ke bawah

2.1.6     Perempuan berumur 12 Tahun dan ke bawah

2.2        Kategori Berpasukan

2.1.1     Lelaki berumur 18 Tahun dan ke bawah

2.1.2     Perempuan berumur 18 Tahun dan ke bawah

2.1.3     Lelaki berumur 15 Tahun dan ke bawah

2.1.4     Perempuan berumur 15 Tahun dan ke bawah

2.1.5     Lelaki berumur 12 Tahun dan ke bawah

2.1.6     Perempuan berumur 12 Tahun dan ke bawah


3          PENDAFTARAN PEMAIN / PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1     Kiraan umur pemain bagi setiap kategori adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.

3.2     Setiap MSS Negeri dibenarkan mendaftar jumlah pemain/pasukan seperti berikut:-

Bil
Kategori
Individu
Berpasukan
JUMLAH
3.2.1
Lelaki berumur 18 tahun dan ke bawah
6
Semua pemain individu ialah pemain berpasukan
6
3.2.2
Peremmpuan berumur 18 tahun dan ke bawah
6
6
3.2.3
Lelaki berumur 5 tahun dan kebawah
6
6
3.2.4
Perempuan berumur 15 tahun dan ke bawah
6
6
3.2.5
Lelaki berumur 12 tahun dan ke bawah
6
6
3.2.6
Perempuan berumur 12 tahun dan ke bawah
6
6


4          SISTEM PERTANDINGAN

4.1        Pertandingan ini dijalankan serentak bagi semua kategori.

4.2        Pertandingan Kategori Individu.
            Pertandingan Kategori Individu dijalankan mengikut prinsip-prinsip  Sistem  Swiss  Pemasangan Terus.

4.2.1 Susunan Pemain (Ranking)

Susunan pemain (ranking) adalah berdasarkan kepada pencapaian pertandingan MSSM tahun sebelumnya dan pemain-pemain lain disusun mengikut undian.

4.2.2     Pemain Penggenap

O          Jika jumlah pemain menjadi ganjil dalam sesuatu kategori, maka seorang pemain tambahan boleh dimasukkan untuk menggenapkan jumlah pemain. Pasukan tuan rumah diberi keutamaan untuk menambahkan seorang pemain penggenap ini. Jika tuan rumah tidak mengisi pemain penggenap ini, maka seorang pemain tambahan dari pasukan lain boleh dibenarkan bermain bagi menggenapkan jumlahnya. Jika ada lebih daripada sebuah pasukan berminat untuk mengisi kekosongan pemain penggenap, pemilihan hendaklah dibuat secara undian bagi memilih salahseorang daripada mereka sebagai pemain penggenap. Dalam apa keadaansekalipun, penambahan lebih daripada seorang pemain tambahan adalah tidak dibenarkan.

4.2.3          Jumlah Pusingan

Jumlah pusingan permainan ditetapkan seperti berikut:

Bilangan Penyertaan      BilanganPusingan
08 – 16 pemain                          5
17 – 32 pemain                          6
33 – 64 pemain                          7
65 – 128 pemain                        8

4.3        Pertandingan Kategori Berpasukan

•           Pertandingan Kategori Berpasukan tidak dijalankan secara khusus, tetapi semua pemain kategori individu adalah juga pemain kategori berpasukan. Ini bermaksud mata yang diperolehi oleh keenam-enam pemain dalam pertandingan kategori individu, dikumpulkan dan dijadikan mata kategori berpasukan

5          TEMPOH BERMAIN

5.1        Tempoh permainan semua kategori bagi setiap pemain ialah 1 jam 30 minit.

5.2        Arbiter berhak memberhentikan permainan sekiranya bendera jam salah seorang ataukedua-dua pemain telah jatuh dengan sah.


6          KAEDAH MENENTUKAN KEPUTUSAN

6.1        Mata.Pemain yang menang diberikan 1 mata, ½ mata jika seri dan 0 mata jika kalah.          Pemain bye diberikan 1 mata.

6.2        Menentukan Keputusan  Kategori Individu.

6.2.1     Pemain yang mendapat jumlah mata terbanyak akan menjadi johan dan seterusnya.

6.2.2   Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah-seri (tie-break) berikuthendaklah digunakan.
a)         Mata Solkoff / Buchholz 
b)         Mata Sonneborn-Berger 
c)         Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholzd) Mata progresif / kumulatif
e)         Number Of Winsf) Individual encounter Keputusan  (Standings) yang dikeluarkan oleh komputer adalah muktamad.

6.3        Menentukan Keputusan Pertandingan Berpasukan

6.3.1   Keputusan kategori berpasukan adalah berdasarkan kepada
JUMLAH MATA PENUH pemain individu  setiap  kategori.  Penjumlahan adalah berdasarkan kepada jumlah mata 6 pemain terbaik setiap kategori.

6.2.3   Jika terdapat kedudukan mata yang sama, sistem pemecah-seri (tie-break) berikuthendaklah digunakan.

a)         Mata Solkoff / Buchholz 

b)         Mata Sonneborn-Berger 

c)                                           Mata Median-Solfkoff / Median-Buchholzd)

d)                                           Mata progresif / kumulatif 


6.4               Menentukan Johan Keseluruhan.

Penentuan adalah berdasarkan kepada pingat emas, perak dan seterusnya. Pasukan yangmempunyai jumlah pingat emas terbanyak akan dikira johan dan seterusnya.


7                     HADIAH

Hadiah-hadiah disediakan oleh MSSM seperti berikut:-

7.1        Hadiah Kategori Individu.
Hadiah bagi setiap kategori ialah dari tempat pertama hingga ke sepuluh.(Top ten)

7.2        Hadiah Kategori Berpasukan.
Hadiah bagi kategori berpasukan ialah dari tempat pertama hingga ke empat.

7.3        Johan KeseluruhanSatu hadiah sahaja disediakan.


8          PAKAIAN

8.1        Setiap pemain dikehendaki memakai pakaian seragam negeri  atau identiti pasukan masing-masing. Sekiranya tidak ada pakaian seragam negeri atau identiti pasukan, maka baju/baju-T berkolar hendaklah digunakan.

8.2     Setiap pemain hendaklah memakai seluar panjang dan memakai kasut. Seluar pendek, seluar jeans dan selipar adalah dilarang.

8.3    Setiap pemain perempuan yang tidak memakai seragam negeri atau identiti pasukandikehendaki memakai pakaian yang sopan.

8.4        Setiap pemain dilarang membawa atau mengguna peralatan yang boleh mengganggu seperti alatan elektronik, telefon bimbit, topi, cermin mata hitam dan sebagainya.

9          DEWAN PERMAINAN

9.1        Dewan Pertandingan
•           Sebuah dewan yang besar dan selesa, yang boleh menempatkan kesemua pemain dan pegawai hendaklah disediakan untuk pertandingan.

9.2        Sempadan Kawasan Permainan
•           Sempadan kawasan bermain di dalam dewan perlu dipagar dengan tali keselamatan dan beberapa papan notis tentang kawasan larangan ini hendaklah dipamerkan di sekeliling kawasan permainan.

9.3        Meja dan kerusi
•           Meja  yang  sesuai saiznya perlu disediakan. Meja ini hendaklah boleh menempatkan papan catur, jam catur, label meja/papan catur, label nama pemain, bendera pasukan negeri dan perlu ada ruang untuk pemain menulis/merekod pergerakan permainan caturnya. Kerusi yang selesa perlu disediakanmemandangkan tempoh bermain yang sangat panjang. Meja pemain hendaklahdisusun mengikut kategori, dengan sebelah dewan diperuntukkan untuk kategorilelaki dan sebelah lagi untuk kategori perempuan.

9.4        Meja Pengurusan Pegawai PertandinganMeja yang secukupnya perlu disedia dan disusun di bahagian hadapan dewan.

9.5        Pembesar suara Pembesar suara perlu disediakan dan berfungsi sepanjang masa.



10         ALATAN

10.1      Buah Catur 
Buah catur standard yang digunakan ialah dengan saiz ukuran tinggi raja (king) di antara 8.5 cm – 10.5 cm.

10.2      Papan Catur 
•           Papan catur standard yang digunakan ialah dengan saiz sisi bagi setiap petak sisi empat samanya berukuran 5.0 cm – 6.5 cm.

10.3   Jam catur berbendera sama ada yang menggunakan spring atau bateri bolehdigunakan.



11         MENARIK DIRI

Rujuk Peraturan 11, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

12         BANTAHAN
Rujuk Peraturan 12, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

13         JURI RAYUAN
Rujuk Peraturan 13, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

14         LEMBAGA TATATERTIB
Rujuk Peraturan 14, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

15                 MAJLIS RASMI
Rujuk Peraturan 15, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

16                 KESELAMATAN
Rujuk Peraturan 16, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

17                 PENYALAHGUNAAN DADAH
Rujuk Peraturan 17, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

18                 KENYATAAN AKHBAR
Rujuk Peraturan 18, Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia

19         PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan