En passantEn passant ialah perkataan Perancis yang bermaksud "sambil lalu"; pada asasnya, pemain boleh memakan pawn lawan semasa ia sedang melintas lalu pawn sendiri.
Apabila pawn musuh mara dua petak ke hadapan ke baris (rank) yang sama dengan bidak sendiri yang berada lajur (file) bersebelahan, pemain boleh, pada pusingan yang berikutnya sahaja, memakan pawn tersebut seolah-olah ia cuma bergerak satu petak. Kebolehan pawn untuk bergerak dua petak pada gerakan pertamanya merupakan tambahan yang agak lambat. En passant diperkenalkan untuk mengelakkan penyalahgunaan peraturan baru ini.
Dalam contoh berikut, pawn Hitam mara dua petak (f7 ke f5) dan ditangkap oleh bidak Putih (e5 ke f6) yang bergerak secara pepenjuru ke hadapan dan ke kanan (seolah-olah bidak Hitam berada di situ). Gerakan ini cuma boleh digunakan pada pusingan pertama pilihan ini diberikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan