King boleh bergerak ke mana-mana arah satu petak pada satu masa, dengan sedikit sekatan.
King merupakan buah terpenting yang dimiliki pemain, walaupun bukan yang terkuat. Jika pemain menggerakkan buahnya dan menyebabkan King lawan mempunyai risiko dimakan, King tersebut disebut berada dalam check (mat). Dalam keadaan ini, pihak lawan wajib mengeluarkan King nya dari mate sama ada dengan menggerakkan King , menghalang serangan lawan dengan buah lain atau memakan buah lawan yang menyebabkan mate. Pemain juga tidak boleh menjalankan mana-mana buah yang akan menyebabkan Kingnya dimate, sebaliknya tujuan permainan ialah untuk mengemaet King lawan. Dua King tidak boleh berada di petak yang bersebelahan, kerana ia akan menyebabkan mate dengan bergerak ke situ.
Jika King diletakkan dalam mate dan tidak dapat melarikan diri, dia disebut telah syahmat (checkmate). Pemain pertama yang dapat mengemate (syahmat) King lawannya memenangi permainan tersebut. Perhatikan bahawa King sebenarnya tidak dapat dimakan, kerana King terpaksa melarikan diri dari mate jika boleh (dan permainan akan berakhir sekiranya King gagal berbuat demikian).
King Putih dalam rajah di atas tidak berada dalam keadaan mate, tetapi ia tidak boleh bergerak ke atas atau ke kiri kerana ia akan dimate oleh Bishop, atau pepenjuru kanan bawah kerana akan menyebabkannya bersebelahan dengan King Hitam.King boleh memakan mana-mana buah lawan yang bersebelahan dengannya, selagi pergerakan itu tidak membahayakan dirinya (meletakkan dirinya dalam mate).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan