Membentuk Gaya Pencatur

Pendahuluan
Catur unik kerana ianya kaya dengan pebagai dimensi dan tidak pernah luntur dari segi 'appealnya sepanjang sejarah yang dibukukan. la diminati oleh golongan istana, kesatria, bangsawan, akademik wanita, orang buta, anak kecil malah banduan yang menunggu saat dihukum gantung.

Mungkin ciri permainan ini menemukan dua pasukan gagah di medan perang mikro menjadi cabaran besar kepada mana-mana individu yang memilih bermain buah putih atau hitam.

Peringkat Usia Bemain Catur
Catur juga merupakan permainan yang boleh dipelajari pada bila-bila masa dan tidak mengenal usia. Satu contoh menarik ialah perihal grandmaster Viktor Korchonoi, bekas pencabar kejuaraan dunia 1974, 1978 dan 1981, mula menjinakkan diri dengan catur pada usia yang agak lanjut iaitu seusia 16 tahun berbanding kelompok remaja elit Rusia yang lain. Walau bagaimanapun, adalah ideal mempelajari catur pada usia muda kerana minda kita secara nalurinya lebih mudah mempelajari serta meningati ketika masih muda. Sebagai contohnya, teori bukamain yang kompleks itu lebih menarik mint remaja berbanding orang dewasa. Secara relatif adalah mudah melentur minda seorang anak kecil berbanding orang dewasa. Anak kecil kebiasaannya pintas menangkap segala butiran permainan ini kerana naluri mereka yang serba ingin tahu atau 'inquisitive.

Cara Mempelajari Catur
Catur juga perlu dipelajari dengan perasaan mumi, seboleh-bolehnya dengan tiga perspekif atau pendekatan iaitu sains, seni dan hobi. la juga boleh ditangani secara kompleks sebagaimana matematik kerana ianya mengajak kita berfikir secara rasional.

Bagi mereka yang baru belajar, adalah sesuai melakukan latihan rapi atau sparring' dengan pencatur yang lebih berpengalaman dan pandai bermain. Pada masa yang sama, peminat yang baru menjinakkan diri juga harus berkunjung ke kejohanan-­kejohanan besar dengan tujuan untuk melihat sendiri disiplin serta kareter (termasuk karenah) pencatur berpengalaman sewaktu bertanding.

Membentuk Kepakaran
Prospek menjadi jaguh bukanlah datang secara automatik. Ramai yang ingin menjadi pandai tetapi bukan semudah itu seseorang individu boleh terus terjun ke arena yang lebih kompetetif tanpa melalui pelbagai proses. Adalah menjadi hakikat setiap pencatur muda atau novis perlu menjalani pelbagai frasa panting sebelum sempurna sebagai pemain. Fasa-fasa yang dimaksudkan ialah novis, pelajar, peserta kejohanan yang serius dan akhir sekali pencatur bertaraf antarabangsa.

Setiap pencatur pasti bermula sebagai seorang novis atau peminat yang baru menjinakkan diri dengan catur. Individu ini pasti masih belum mengenal asas bercatur yang baik, seperti memiliki bukamainan yang baik, kefahaman mengenai fasa pertengahan atau "middlegame" serta babak penamat "ending". la juga sudah tentu masih belum arif mengenai teori material, mengancam lawan serta syahmat. Adalah tidak menghairankan jika terdapat individu yang tidak memahami taktik asas serta strategi bermain. Oleh itu wajar beliau diterap dengan asas bercatur yang baik.



Fasa sebagai pelajar akan menjadi penggerak untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada jurulatih yang perihatin mengenai minat pelajar itu. Jurulatih atau guru harus memainkan peranan untuk menanam mint yang lebih tebal kepada anak didiknya supaya proses pembelajaran catur boleh dilakukan dengan kadar segera.

Sekiranya anak didik sudah bersedia untuk bertanding, make jurulatih ini juga perlu mempelengkap dengan teori asas bukamain serta taktik yang boleh mendorong anak didiknya untuk menang atau setidak-tidaknya seri ketika menentang lawan. Wajar sekali anak didiknya dibekalkan dengan maklumat terkini mengenai permainan elit serta perbincangan teori yang dibuat sewaktu 'Post-mortem` .

Fasa yang lebih mencabar ialah kesungguhan atau insiatif individu ini untuk bertanding. Walaupun, sasaran bertanding adalah untuk menang namun bukan semua episod awal akan berakhir dengan kemengan. Sudah pasti beliau akan terpaksa mengalami kekalahan serta kekecewaan atau dengan lain perkatan, barani gagal.

Proses untuk menjadi pencatur yang mantap pasti mengambil masa yang lama tetapi ianya bergantung kepada inisiaff seseorang individu. Jika masa yang lama diambil untuk belajar serta megelakkan diri untuk membaiki dirinya dengan kadar yang segera, maka perlahanlah proses untuk matang. Sebaliknya meta-morfosis pencatur yang rajin serta ingin maju dengan segera pastinya sempurna dengan cepat.

Setiap individu ingin dinobatkan sebagai seorang bertaraf juara dan ianya pasti bermula di peringkat tempatan dan seterusnya ke peringkat yang lebih besar. Langkah selanjutnya ialah mencipta nama di peringkat antarabangsa supaya diiktiraf  menjadi pencatur kelas alit. Fasa ini jugalah yang membezakan pencatur biasa dengan pencatur dengan pendekatan profesional.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan