Apakah yang membezakan pencatur kuat dengan pencatur lemah?
Pencatur kuat jarang membuat kesilapan besar. Pencatur elit jarang membuat kesilapan kecil kerana ianya akan menjerumuskan mereka ke tahap yang tidak dlingini.
Di antara kesilapan yang selalu dibuat oleh pencatur muda atau novis ialah melakukan gerakan yang terburu-buru, memilih bukamainan tanpa mengetahui asasnya, kurang persedian, memandang rendah kebolehan lawan, kesilapan teknik terutama dalam taktik dan strategi, pengetahuan cetek dalam fasa pertengahan (middlegame) dan penamat (ending) serta tidak pandai bermain menggunakan jam catur.
Menurut Jose Raoul Capablanca (Lagenda catur dari Cuba), setiap pencatur (termasuk pencatur dewasa) perlu memeriksa setiap gerakan yang hendak dibuat. Seboleh-bolehnya cubalah mengandaikan balasan lawan walaupun ianya mengambil masa yang lama. Pencatur bertaraf grandmaster secara puratanya menganalisis sehingga lebih satu dozen gerakan berikutnya, dan ianya membabitkan kombinasi atau permutasi gerakan alternatif yang berpanjangan. Ini adalah penting bagi menjamin permainan menjurus kepada senario yang boleh dimanfaatkan dan tidak membawa kepada kehilangan material.
Perhitungan yang mantap amat perlu bagi mengelakkan daripada mebuat kesilapan kecil ataupun yang ketara. Alexander Kotov, telah memberi amarannya yang terkenal iaitu setiap pencatur perlu mengkaji setiap senario yang baru serta melupakan situasi sebelum bagi mengelakkan daripada kekeliruan.
Setiap pencatur perlu mengkaji teori bukamainan setidak-tidaknya semuanya variasi bukamainan yang menjadi kegemarannya. Dalam pada itu, pencatur tersebut perlu juga mengkaji dan belajar teori sistem yang lain bagi mengelakkan diri daripada terjebak dalm perangkap lawan. Dalam hal ini, Alexander Kotov menyarankan bahawa intipati yang perlu dikenalpasti ialah ciri-ciri strategik dalam setiap situasi yang dicapai.
Kesilapan yang selalu dilakukan oleh ramai pencatur ialah kegagalan mereka memahami asas taktik dan strategi. Dalam catur, taktik bermaksud menguasai mengendalikan buah-buah catur atau cara memenangi material. Taktik juga boleh dihubungkaitkan dengan kombinasi iaitu urutan gerakan yang berkesudahan dengan kemenangen mutlak atau kelebihan dari kedudukan yang juga menjurus kepada kemenangan.
Setiap pencatur perlu mengetahui cara untuk menang daripada mencuri pawn lawan sehinggalah mensyahmat king lawan. Pencatur juga perlu mengetahui setiap taktik atau rancangan asas menggunakan Queen, Rook, Knight, Bishop dan Pawn. Pencatur yang tidak mengatahui cara mengendali buahnya pasti akan melepaskan beribu peluang keemasan. Sekiranya tidak tahu untuk mencuri material lawan sudah pasti misinya untuk mensyahmat King menjadi sukar. Teknik yang tidak berkesan juga akan menumpulkan serangan dan pada masa yang lain juga akan melumpuhkan pertahanan sekiranya tidak tahu memintas asakan lawan.
Bagi pencatur yang berpengalaman, mereka akan melakukan pengorbanan buah (sacrifice) jika itu sahajalah cara untuk menang seandainya lawan mereka juga kuat serba serbi. Melakukan pengorbanan material memerlukan daya membuat perhitungan atau analisis yang jitu. Seandainya kesilapan dalam membuat analisis, sudah tentu lawan akan kembali bernafas dan mungkin memenangi permainan kerana kelebihan material.
Setiap permainan berakarumbikan gerakan-gerakan yang dibuat dalam fasa bukamainan lagi. Oleh itu setiap pencatur perlu bijak memilih bukamainan, variasi tertentu serta taktik berkesan supaya permainan menuju senario yang diidami. Bagi pencatur, strategi disusun supaya menjurus kepada kedudukan yang bermanafaat di hujung permainan manakala pencatur alit strategi mereka bermotifan kelebihan kedudukan dalam fasa pertengahan lagi.
Pengetahuan yang cetek dalam fasa pertengahan dan penamat akan menyukarkan misi kemenangan. Fasa pertengahan biasanya bermula daripada gerakan ke-11 sehingga ke-20 dan beberapa pertukaran material pasti akan berlaku. Dalam situasi lain, material mungkin masih belum berganjak dari papan catur. Oleh itu setiap pencatur perlu mengetahui kaedah untuk bermain dalam situasi ini. Rahsia kebanyak permain ialah untuk mencapai kedudukan yang lebih mudah dan kurang kompleks bermula dengan pertukaran material seperti Queen dan Knight
Kebanyakan pencatur secara puratanya menggunakan 20 paratus dari masa mereka untuk bukamainan, 50 peratus dalam fasa pertengahan dan selebihnya dalam fasa penamat
Kelemahan menggunakan jam catur juga menghalang usaha sesetengah pemain untuk menjadi pencatur berjaya. Sesetengah pencatur menggunakan masa yang lama untuk melakukan gerakan. Masalah ini juga membantut proses kemajuan pencatur elit yang memakan masa yang banyak untuk membuat analisis dan perhitungan di papan catuer. Oleh itu, setiap pencatur perlu mengurus serta menangani isu ini supaya masa dapat dijimatkan ketika bermain.
Pencatur yang tidak tahu memanfaatkan material dan kedudukan yang ada pastinya tidak akan berjaya mengeksplotasi kedudukan lawan. Pencatur ini juga tidak tahu untuk merangka pelan yang berkesan untuk mengubah haluan permainan.
Dalam catur tidak ada istilah hentam keromo, atau menghafaz gerakan tanpa memahami motif. Sebaliknya, setiap pemain harus belajar menjadi seorang yang mengetahui motif permainannya serta kreatif. Ini adalah penting kerana setiap pencatur akan bertemu situasi yang belum pernah dialaminya. Beliau tidak seharusnya panik malahan perlu bijak menandagani isu di hadapannya. Kesilapan yang perlu dielakkan ialah membuat gerakan tanpa ada rancangan tertentu. Pencatur yang berpengalaman juga perlu mengadakan ulangkaji atau kerja rumah (homework) bagi mengemaskini pengetahuan mereka. Sudah tertu mereka tidak mahu pengetahuan mereka menjadi basi ketika berhadapan dengan lawan yang cukup bersedia.
Setup individu juga tidak harus memandang rendah kebolehan lawan atau keupayaan mereka untuk menandingi kita. Kita tidak sepatutnya menyangka gerakan ini terbaik dan pasti lawan tidak menjumpai gerakan balas terbaik. Sebaliknya kita perlu mengawasi setiap gerakan yang dibuat dan bersedia atas segala kemungkinan. Sebaik baiknya kita wajar bersikap merendah diri serta menghormati lawan. Siksp angkuh dengan reputasi sendiri bakal menjerat diri sendiri.
Ketidaan Rancangan atau Taktik akan Membawan Bencana,
Manakala Ketiadaan Wawasan atau Strategi Umpama Mengundang Mimpi Buruk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan