Glosari istilah

Wasit (arbiter) atau pengarah pertandingan (tournament director). 
Pihak berkuasa yang mengadili program dan menentukan pasangan dan peraturan.

Papan 1, papan 2, dst.
Dalam acara sistem Swiss, papan dinomborkan. Pemain dengan markah terbaik ketika itu diletakkan di papan no. 1, manakala pemain dengan markah yang lebih teruk diletakkan lebih jauh.

Hadiah kelas.
Hadiah yang diberikan kepada pemain yang mendapat tempat terbaik dalam kelas pemeringkatannya. Hadiah boleh diberikan sebagai contoh untuk "tempat pertama di aatara pemain dengan pemeringkatan di bawah 1600".

Yuran masuk.

Bayaran yang dikenakan untuk membolehkan pemain menyertai pertandingan.

Kalah lucut/menang lucut (forfeit loss/forfeit win). Sekiranya pemain gagal hadir di papan sejam selepas masa permualaan, maka dia dianggap tewas secara perlucutan, dan pemain lawan menang percuma. Permainan itu dikira untuk kedudukan pertandingan, tetapi tidak pemeringkatan. Pemain yang kalah sebegini lazimnya dikeluarkan daripada pertandingan, melainkan alasan memuaskan dapat diberikan. Pemain yang menerima kemenangan melalui perlucutan tidak layak untuk mendapat bai mata-penuh di pusingan seterusnya.

Bai mata-penuh (full-point bye). 
Sekiranya terdapat bilangan ganjil pemain untuk suatu pusingan, wasit akan memberikan bai mata-penuh kepada seorang pemain yang tidak perlu bermain pusingan tersebut, tetapi tetap mendapat mata seolah-olah memenangi permainannya. Juga dikenali sebagai kemenangan tanpa bertanding (walkover).

Bai mata-separuh (half-point bye). 
Dalam sesetengah pertandingan, pemain yang tidak dapat bermain dalam pusingan tertentu boleh memilih untuk mengambil bai mata-separuh. Pemain tidak perlu bermain pusingan tersebut tetapi mendapat separuh mata seolah-oleh seri permainannya. Pertandingan biasanya mengawal bai bentuk ini, meletakkan had berapa banyak yang boleh diambil dan/atau menghendaki pemain mengikat janji mengambilnya sebelum tarikh akhir tertentu.

J'adoube
Bahasa Perancis untuk "Saya betulkan", dan merupakan frasa popular dituturkan sebelum pemain menyentuh buah untuk membetulkan kedudukannya dan bukan menggerakkanya.

Sandbagging.
Satu skim di mana pemain dengan sengaja merendahkan pemeringkatannya supaya dapat bermain dalam bahagian pemeringkatan lebih rendah di masa hadapan. Tujuannya agar dapat memenangi hadiah tunai. Sandbagging dianggap sejenis penipuan, dan pemain yang tertangkap mungkin dikenakan hukuman keras.

Kawalan masa
Jumlah gerakan yang perlu dilakukan setiap pemain dalam had masa yang diberikan. Sebagai contoh sekiranya pemain perlu menjalankan 35 gerakan dalam 90 minit, kawalan masa ialah pada 35 gerakan.

Suntuk dadak (sudden death)
Had masa di mana pemain perlu menjalankan semua gerakannya dalam suatu masa tertentu. Had masa "40/90, SD/30" bermakna setiap pemain perlu mengabiskan 40 gerakan dalam 90 minit (masa bukan suntuk dadak), dan kemudian semua gerakan seterusnya dalam masa 30 minit (dicampur dengan masa dari kawalan masa pertama sekiranya tidak habis). Fasa kedua ini merupakan fasa suntuk dadak.

Sistem Swiss
Format pertandingan di mana pemain berlawan dengan pemain lain yang mempunyai markah sama atau berdekatan dalam setiap pusingan.


Makan/Tangkap
Menggerakkan buah sendiri ke petak yang diduduki buah lawan, lalu mengeluarkan buah lawan dari permainan.


Mate (check) 
King dikatakan berada dalam keadaan 'mate' apabila ia sedang diserang oleh buah lawan.


Syahmat (checkmate) 
King tidak dapat melarikan diri dari keadaan 'mate'.


Kedudukan buntu (stalemate)
Pemain tidak dapat menjalankan mana-mana buah, tetapi Kingnya tidak berada dalam keadaan 'mate'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan