Sistem Swiss

Dipakai pertama kali di Zurich, Switzrland pada tahun 1895. 
Sistem Swiss merupakan sistem terbaik untuk pertandingan catur terutamanya yang melibatkan jumlah peserta yang ramai. Ia merupakan kombinasi Sistem "Round Robin" dan Sistem "Knock-out".  Ia memiliki ciri-ciri Sistem "Round Robin" di mana setiap pemain akan terus bermain tidak kira sama ada dia menang, seri atau kalah. Dalam masa yang sama ia mempunyai ciri-ciri Sistem "Knock-out" di mana seseorang pemain yang kalah beberapa perlawanan terawal tidak berpeluang untuk bertemu dengan pemain-pemain teratas.
Ada tiga peraturan utama untuk melaksanakan sistem ini iaitu :
  • Seorang pemain tidak akan bertemu dengan pemain lawan yang sama lebih dari sekali.
  • Setiap pemain akan dipasangkan dengan pemain lain yang mempunyai mata yang sama atau sekurang-kurangnya hamoir sama.
  • Seboleh-bolehnya setiap pemain akan diberi jumlah perlawanan yang sama banyak untuk buah Putih dan Hitam.
  • Dalam sistem ini, pemain-pemain akan disenaraikan mengikut rating. Pemain teratas akan dipadankan atau di"pairing"kan dengan pemain ditengah-tengah. Pemain akan diberi satu markah jika menang, setengah (1/2) jika seri dan tiada markah jika kalah.
Keistimewaannya
Membolehkan satu pertandingan catur dijalankan dengan agak cepat walaupun jumlah peserta yang ramai. Ia adalah satu persetujuan di antara liga 2 pusingan (keadaan ideal) dan sistem kalah mati.

Batasannya
Jumlah Peserta
Jumlah Pusingan yang diperlukan
5 – 8
3
9 – 16
4
17 – 32
5
33 – 64
6
65 – 128
7
129 – 256
8
257 – 512
9
513 – 824
10
- untuk mencari johan sahaja
- 2 pusingan tambahan diperlukan untuk menentukan dengan tepat setiap kedudukan tambahan.

Prinsip Asas
  1. Jumlah pusingan mestilah diumumkan sebelum sesuatu pertandingan dijalankan.
  2. Setiap pemain boleh bermain dengan seorang lawan sekali sahaja.
  3. Pemain-pemain yang dipasangakan adalah dari kumpulan-mata (score-group) yang sama, atau mungkin dari kumpulan-mata yang paling dekat.
  4. Selepas dua pusingan atau lebih, jumlah kali seorang pemain diberi warna putih. harus sama dengan jumlah kali dia diberi warna hitam.
  5. Seorang pemain, jika boleh harus diberikan warna yang bertentangan dengan warna yang dia bermain dipusingan sebelumnya.
  6. Seorang pemain tidak boleh dibenarkan bermain dengan warna yang sama untuk 3 pusingan berturut-turut dan tidak boleh sentiasa bermain dengan sesuatu jenis warna sehingga perbezaan di antara jumlah kali dia menggunakan warna putih dengan jumlah kali dia menggunakan warna hitam adalah sebanyak 3 kali.

11 ulasan: