Menang dengan taktik

Kebanyakan pemain catur baru amat lemah dalam TAKTIK. Kebiasaannya mereka menghabiskan masa yang banyak untuk fasa buka mainan (opening). Sebenarnya, taktik amat mudah dipelajari. caranya ialah dengan membanyakkan latihan membuat PUZZLE daripada buku-buku taktik yang ada di pasaran dan anda pasti akan menjadi MASTER dalam taktik.

90% kemenangan di peringkat permulaan (beginner) dan pertengahan (intermediate) bergantung kepada TAKTIK. Kita akan lihat satu permainan daripada pemain MSSMKL 2009, iaitu Olivia Madhavan. Bagaimana taktik amat mempengaruhi keputusan permainan.


[Event "Pertandingan atur MSSM Bawah 18 Perempuan"]
[Site "Klang, Selangor"]
[Date "2009.03.18"]
[Round "4"]
[White "Olivia Madhavan, KL."]
[Black "Aurora Fay Jimmy, Sabah"]
[Result "1-0"]

1. d4 d5 2. e3 Nf6 3. Bd3 a6 4. f4 Nc6 5. c3

Diagram 1
5.c3. Giliran hitam

Putih baru sahaja menggerakkan bidak ke petak c3 untuk menghalang kuda hitam bergerak ke petak b4, menyerang gajahnya di petak d3.

Dalam peringkat buka mainan (opening) penguasaan petak tengah (centre) amat penting. Putih menguasai petak e5 dan sepatutnya hitam mesti menguasai petak e4 supaya permainan menjadi seimbang.

PUTIH
Buka mainan (opening) yang dipilih oleh putih menyebabkan gajah (bishop di petak c1 terperangkap di dalam kawasan putih sendiri. Bagaimana cara untuk mengaktifkan gajah di petak c1?

(a) Putih perlu menggerakkan bidak e3 dan bidak f4 untuk membebaskan gajah (bishop) c1.
(b) gerakkan bidak b ke petak b3, kemudian Ba3.

HITAM
Sekarang hitam perlu berfikir cara untuk mengaktifkan dua gajahnya (bishop) di petak c8 dan f8. Petak e5 di bawah penguasaan putih. Hitam langsung tidak mempunyai peluang untuk menguasai petak e5. Sebaliknya hitam berpeluang e4 di pihak putih.

Caranya ialah gerakkan gajah c8 kemudian gajah f8. 5. ... g6, 6. ... Bf5, 7 ... Bg7.

5. ... e6? 
gerakan ini lemah. Menyebabkan gajah c8 terperangkap dan hitam tidak dapat menguasai petak e4. 6. Nf3 Bd6 7. O-O h6 8. Nbd2 Bd7 9. Ne5

Diagram 2
9. Ne5. Giliran hitam.

Kesan daripada mengabaikan penguasaan medan tengah pertempuran. Buah catur putih lebih bebas bergerak dan menguasai lebih banyak petak. Satu-satunya masalah buah catur putih ialah gajahnya yang berada di petak c1 tidak aktif.

Apakah perancangan pihak putih dan pihak hitam?

PUTIH:
Putih akan cuba mengaktifkan gajah c1 dengan cara menggerakkan bidak e3 ke petak e4 dan bidak f4 ke petak f5.
HITAM:
Hitam akan mencabar putih di petak tengah. Hitam akan cuba menggerakkan bidak c7 ke petak c5. Jadi 10... Ne7, 11 ... c5.

10. ... g5? 10. Nxd7 Nxd7 11. Nf3 Qe7 12. Ne5 Bxe5 13. fxe5 h5 14. e4 O-O-O 15. Qe2

Diagram 3
Kedudukan selepas gerakan 15.Qe2. Giliran hitam untuk bergerak.

15.Qe2 bukanlah gerakan terbaik. 15.exd5 exd5 16. Rf5 Rdg8 17.Qf3lebih baik kerana putih membuat taktikal serangan berganda terhadap hitam iaitu serangan ke atas bidak d5 dan bidak f7.

15. .. Ndb8? 
Gerakan yang lemah daripada hitam. Apakah gerakan yang lebih baik?
15 ... Ndb8 membawa kuda hitam ke petak b8 untuk menjadi pasif. Sebaliknya jika 15 ... Nb6, kuda hitam lebih aktif.

16. exd5 Rxd5 17. Be4 Rdd8 18. b4!

Diagram 4
Putih telah menggerakkan 15.Qe2. Giliran hitam untuk bergerak.

Apakah analisis posisi untuk pihak putih dan hitam?

PUTIH:1.Bidak putih lebih kuat dan tersusun.
2.Putih mempunyai 2 gajah. 
3.Kedudukan rajanya lebih selamat berbanding hitam. 
4.Buah catur putih lebih bebas bergerak.
5.Putih boleh melancarkan serangan ke sebelah pihak menteri hitam, b5.
6.Kedua-dua benteng putih belum aktif.

HITAM:
1. Kedua-dua bentengnya sudah aktif.
2. Kedua-dua kuda hitam pasif dan tidak mempunyai petak yang sesuai.
3. Raja hitam lebih mudah diserang kerana bidak berada di petak a6.

Berdasarkan analisis posisi di atas, putih mempunyai kelebihan yang banyak berbanding hitam. Hitam mengancam menggerakkan bidak ke petak b5. 19.. b5.

18. ... Nxd4? Hitam panik dan membuat kesilapan ini untuk membuat serang balas. 19. cxd4 Rxd4 20. Bb2 Rxb4

Diagram 5
Giliran hitam untuk bergerak.

Peluang untuk putih membuat taktikal? Atau tiada taktikal?

Tiada taktikal untuk putih di sini.

21. Ba3? Kesilapan dari pihak putih. Qc5+? 22. Kh1? (22.Rf2 Rxe4 23.Bxc5 Rxe2)

22. .. Rxe4! 23. Qxe4 Qxa3

Diagram 6
Giliran putih untuk bergerak.

Kesan daripada taktikal hitam gerakan 22, nilai material kedua-dua pihak hampir sama. Apakah rancangan yang sesuai untuk pihak putih?

Rancangan putih mudah sahaja. Ancam membuat syahmat di petak b7 hitam. Tempatkan benteng di lajur b1.

24. Rf3 Qe7 25. Rb1 Nc6 26. Rc3 Qd7 27. Rd3 Qe7 28. Rdb3 Qd7 29.Rxb7 Rd8?

Diagram 7
Giliran putih untuk bergerak. Syahmat 2 langkah. Bagaimana putih melakukannya?

30.Rb8+ Nxb8 31.Qb7 checkmate.
1-0


Tahniah kepada Pasukan MSSM Kuala Lumpur khususnya Olivia Madhavan di atas kemenangan ini

1 ulasan:

  1. sangat menarik anak pun suka dia masuk kelab catur terima kasih atas perkongsian anda good!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam