Karangan asal : The War Game (A Fictions of the Origin of Chess )
Mungkin permainan catur tidak wujud kalau tidak kerana kekalahan Raja Dzahir dalam satu peperangan yang masyhur ketika itu. Mungkin juga ia merupakan satu kebetulan.
Raja Dzahir adalah keturunan daripada raja-raja yang terkenal, sebenarnya baginda adalah seorang raja yang arif, terpelajar dan baik hati. Sind adalah negeri di bawah pemerintahan baginda iaitu pada tahun 600 M. la terletak di kaki Gunung Himalaya. Ibu negeri Sind, Rupar yang terletak di Sungai Sutlej melambangkan kemasyhuran yang dikecapi oleh rakyat baginda.
Untuk menjamin kebahagian rakyat dan mempertahankan negara dari ancaman luar terlintas difikiran Raja Dzahir untuk mempertahankan Sind daripada penaklukan Barbarian. Berita mengenai rampasan harta benda yang berlaku di wilayah Alamjaipur akhirnya sampai ke istana. Perasaan optimis terhadap penaklukan ke atas wilayahnya , maka Raja Dzahir memanggil Majlis Peperangan.
Senathi ( Ketua Turus Angkatan Tentera ), Sage Shobe (Perdana Menteri), Menteri-menteri, Permaisuri dan lain-lain pegawai istana turut serta di dalam Majlis Tentera. Musuh yang akan dihadapi mereka ialah Barbarian. Musuh mereka bukanlah mudah untuk ditewaskan. Mereka adalah orang-orang yang berkelakuan kejam dan begitu mahir dalam selok-belok peperangan. Oleh kerana perjalanan yang begitu jauh orang-orang Barbarian ini pun secara kebetulan sedang mencari tempat untuk berteduh. Jadi negeri Sind dipilih kerana kesesuaian dengan kehendak mereka, orang-orang Barbarian memilih negeri Sind kerana jalan yang strategik untuk peperangan.
Di dalam mesyuarat Majlis Peperangan itu Senathi memberi laporan bahawa senjata-senjata sudah berkarat, kuda-kuda dan penunggangnya gemuk dan malas. Ini di sebabkan peperangan yang sudah lama terhenti. Apabila Raja Dzahir mendengar laporan tersebut baginda telah memberi arahan supaya membuat perubahan terhadap angkatan tenteranya dengan segera.
Lama-lama kelamaan pertempuran dipersekitaran sempadan semakin kerap dan sengit. Arahan untuk memusnahkan tentera Barbarian dan penangkapan Raja Barbarian telah dikeluarkan dengan segera pada suatu hari yang ditetapkan oleh Raja Dzahir. Pertempuran yang dirancang ini sepatutnya berlaku ditepian Sungai Sutlej. Raja Dzahir dan Permaisuri melihat pertempuran itu di istana yang dikawal ketat.
Pertempuran bertambah sengit di sana-sini. Perkataan "Perang! Perang!" dilaung-laungkan. Banyak mayat-mayat bergelimpangan dan kuda-kuda mati di medan peperangan. Tentera-tentera Sind yang begitu bersemangat untuk berperang telah lupa dan abaikan pertahanan di istana. Jeneral Barbarian mencari kesempatan ini untuk menyerang istana dan memberi arahan kepada sebahagian tenteranya supaya memberi perhatian yang secukupnya kepada tentera Sind di medan pertempuran.
Tidak lama berapa lama, kubu Kuat Raja Dzahir jatuh ke tangan tentera Barbarian dan Rupar (ibu negeri Sind) telah jatuh dan peperangan pun berakhir. Raja Dzahir, permaisuri, Sage Shobe dan negeri Sind ditawan.
Sekarang Raja Dzahir sungguh merana dan menyalahi dirinya tentang kekalahan tenteranya. Permaisuri Sind sedih melihat kehidupan dan keadaan suaminya seharian. Maka Sage Shoba diminta untuk memberi nasihat. Sage Shoba berjanji akan meyelamatkan keadaan suaminya.
Setelah beberapa hari berfikir dan merenung keadaan, Sage Shoba membuat kesimpulan iaitu memberi ketenangan jiwa terhadap Raja Dzahir, pemikiranya hendaklah dijauhkan dari kekalahan tenteranya. Maka Sage Shoba mencipta suatu permainan seolah-olah berada dalam medan peperangan dan dalam bentuk kotak-kotak kecil. Di atas kotak-kotak kecil ini ada Raja, Permaisuri, tentera berkuda dan tentera, gajah dan kubu pertahanan. Beliau tidak memberitahu Raja Dzahir yang ini merupakan satu permainan tetapi cuba membawa baginda menganalisa kekalahan tenteranya.
Permaisuri di antara mereka bermain sehingga berlanjutan beberapa hari. Masing-masing mengatur serangan-serangan dengan penuh ketelitian. Setelah mahir dan dapat menguasai permainan ini, dengan pergerakan tenteratenteranya di medan peperangan. Maka Raja Dzahir mengambil keputusan untuk mengadap Raja Barbarian. Kepada Raja Barbarian, Raja Dzahir menunjuk dan menerangkan kedudukan tenteranya di dalam medan peperangan dan ini telah menarik minat Raja Barbarian.
Lama kelamaan permainan ini telah merapatkan kedua-dua Raja tersebut. Raja Barbarian berpendapat Raja Dzahir adalah seorang yang bijak dan patut dihormati. Dengan itu Raja Barbarian mengambil keputusan untuk untuk mengembalikan negara Sind kepada Raja Dzahir. Raja Barbarian membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang cemerlang dalam permainan ini sudah tentulah dia seorang yang bijak.
Permainan ini dipanggil Chaturanga, dan setelah melalui beberapa generasi permainan ini akhir sekali diberi nama Catur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan