Castling sebelah raja: O-O

Castling sebelah menteri: O-O-O
Castling/Perkubuan
Castling (perkubuan) ialah satu teknik gerakan yang melibatkan King dan salah satu Rook. Castling yang dilakukan dengan Rook yang dekat dengan King dipanggil "castling sebelah King" (kingside castling), manakala castling dengan Rook Queen dipanggil "castling sebelah Queen" (queenside castling). Tujuan utama castling ialah untuk menguatkan pertahanan king dari serangan musuh.
Tertakluk kepada sekatan yang diterangkan di bawah, seorang pemain boleh melakukan castling dengan menggerakkan kingnya dua petak ke arah rookr, dan kemudian dalam giliran yang sama menggerakkan rook tersebut ke sebelah king yang lebih jauh (dengan melompat king).
Perhatikan bahawa king mestilah digerakkan bahulu, diikuti dengan rook. Jika rook digerakkan dahulu, ia diaggap sebagai pergerakan rook biasa, dan king tidak boleh bergerak.
Sekatan yang dikenakan terhadap castling adalah seperti berikut:
  1. Pemain masih belum menggerakkan kedua-dua king dan rook.
  2. King tidak boleh berada dalam kedudukan mate sebelum dan selepas castling.
  3. Laluan king tidak boleh terdedah kepada serangan lawan (ini akan menyebabkan king berada dalam keadaan mate semasa bergerak).
  4. Tiada buah lain di antara laluan king dan rook.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan