Pawn/Bidak
Pawn/Bidak boleh bergerak satu petak ke hadapan (atau dua petak pada langkah pertama sahaja). Cara makan pawn/bidak lain dari buah lain. Pawn/Bidak boleh bergerak satu petak ke pepenjuru untuk memakan buah lawan, tetapi tidak boleh memakan buah lawan yang berada di depannya. Oleh itu, dua pawn/bidak boleh tersekat sesama sendiri. Pawn/Bidak merupakan satu-satunya buah catur yang tidak boleh bergerak ke belakang.
Dalam rajah di bawah, pawn/bidak Putih dihalang daripada bergerak ke hadapan oleh pawn/bidak Hitam di hadapannya (dalam file d), tetapi ia boleh memakan pawn/bidak Hitam yang satu lagi dengan bergerak secara pepenjuru ke hadapan (kanan) dan menduduki petak itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan