Memaparkan catatan dengan label 1.0 Pengenalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1.0 Pengenalan. Papar semua catatan

Pengenalan

Catur adalah permainan yang paling popular di dunia; ia menggambarkan bukan sahaja satu permainan tetapi juga satu seni dan satusains. Kadangkala catur dilihat sebagai permainan perang yang abstrak ; kerana sebagai suatu "seni mempertahankan diri menggunakanminda dan mengajar catur dilihat sebagai cara untuk meningkatkan keupayaan minda. Catur biasanya dimainkan secara rekreasi dan competitif di dalam kelab-kelab, pertandingan, online, dan dengan surat-menyurat (catur berutusan surat). Banyak variasi dan berkaitan dengan catur dimainkan di dunia. Yang paling popular, dalam turutan menurun oleh bilangan pemain, adalah xiangqi di Chinashogi di Japan,janggi di Korea, dan makruk di Thailand.
Setiap pemain yang masih baru dalam bidang permainan catur ini haruslah mengenali terlebih dahulu peraturan-peraturan permainan, dan kemudian strategi-strategi permainan yang telah dirangkakan oleh pencatur-pencatur profesional dan juara-juara dunia yang terdahulu. Ini sangat membantu kebanyakan pemain agar tidak sesat di pertengahan permainan dan sekali gus memerangkap pemain itu sendiri.