Queen
Queen (juga dipanggil Menteri) merupakan buah catur yang paling kuat. Ini kerana ia boleh bergerak sejauh mana yang dikehendaki sama ada dalam arah sisian atau pepenjuru. Boleh dikatakan pergerakannya adalah gabungan pergerakan Rook/Castle dan Bishop. Queen juga tidak boleh melompat mana-mana buah lain.
Queen boleh memakan mana-mana buah lawan yang berada di laluannya, dan kemudian menduduki petak yang sebelum ini diduduki lawan.